Saturday, September 5, 2009

rehat minda!!!



mari bace, hayati dan berfikir mengenai cerita ini

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya : "Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya."

Dia terus mencari wakil tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan.
Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah??

Tidak syak lagi setiap yang berakal akan menjwap, upah akan diberikan kepada orang yg mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yg melarangnya, tentunya tidak layak menerima upah walaupun sebahagian drpd kerjanya adalah baik.

Begitulah alam ini dan segala isinya. Ia adalah milik Allah. Manakala para rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah. Orang yg beriman adalah orang yg melakukan amalan berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yg mengunakan segala milik Allah tnp keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yg sama menentang para rasul-Nya.
__._,_.___

No comments:

Post a Comment