Saturday, October 24, 2009

motivasi malam!!

semalam aku pegi dengar motivasi kat surau kk7
kak aisyah pun pegi jugak tp partner die x pegi (kak ayu)
aku nak kongsi la apa yg aku dapat semalam ngan korg
pertama: niat
kte kna mulakan apa2 aktvt kte ngan niat ikhlas kpd Allah
kedua: matlamat
kte kna ada matlamat lam hidup
kalu x
xde mana hidup kte tanpa mtlamat
bak kata org,xde mtlamat, xde la kte
btol ker??
ketiga :tampal matlamat kt tmpat yg boleh nampak
supaya kte sentiasa ade rncgn tuk mencapai mtlamat kte
ke-4: doa
kte kna sentiasa berdoa kpd Allah supaya tercapai segala hajat dan cita2 kte
ke-5: jgn tggl solat wajib
sebab itu lah tiang agama
cam rumah,xde tiang xmjd la rumah
ke-6:jgn lupa tuhan,ibubapa,sahabat2,guru2,n last skl diri kte sdr
sentiasa doakan kpd lima perkara di atas
sekian shj dr saya tuk ari ni

Sunday, September 6, 2009

jom kongsi cerita

Mana Satu Pilihan Hati
www.iLuvislam.com
oleh: aisyahhumaira


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

http://farm4.static.flickr.com/3181/2834520060_841ec4e0d2_o.jpg


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada
secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran
mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

http://farm4.static.flickr.com/3147/2801407387_e0602caa70_o.jpg


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Saturday, September 5, 2009

why women cry

Why Women Cry
Watch her eyes


A little boy asked his mother, "Why are you crying?" "Because I'm a woman , " she told him.

"I don't understand , " he said. His Mom just hugged him and said , "And you never will."

Later the little boy asked his father , "Why does mother seem to cry for no reason?"

"All women cry for no reason , " was all his dad could say.

The little boy grew up and became a man , still wondering why women cry...

Finally he put in a call to God. When God got on the phone , he asked , "God , why do women cry so easily?"

God said

"When I made the woman she had to be special.

I made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.

I gave her an inner strength to endure childbirth and the rejection that many times comes from her children.

I gave her a hardness that allows her to keep going when everyone else gives up , and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.

I gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances , even when her child has hurt her very badly.

I gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart.

I gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife , but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

And finally , I gave her a tear to shed. This is hers exclusively to use whenever it is needed."

"You see my son , " said God , "the beauty of a woman is not in the clothes she wears , the figure that she carries , or the way she combs her hair.

The beauty of a woman must be seen in her eyes , because that is the doorway to her heart - the place where love resides."


Please send this to ten beautiful women you know today. If you do , something good will happen - You will boost another woman's self-esteem.
Pass it on to men too - perhaps they will then understand "why women cry"

rehat minda!!!



mari bace, hayati dan berfikir mengenai cerita ini

Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kebun yang luas yang bukan miliknya. Kemudian dia mendapati di dalamnya terdapat buah-buahan dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Lalu dia pun makan dan meminumnya. Selepas itu dia melakukan kerja di dalam kebun itu, ada pokok yang dicabutnya dan ada yang ditanam. Kemudian seorang lelaki lain masuk ke dalam kebun itu, dia berkata pada dirinya : "Aku tidak akan melakukan sesuatu di dalam kebun ini sehingga aku bertemu dengan pemilik kebun atau wakilnya."

Dia terus mencari wakil tersebut. Apabila wakil pemilik kebun menemui kedua-dua lelaki tadi, dia menegur kerja-kerja yang dilakukan oleh lelaki pertama, tetapi lelaki itu tidak mengendahkan teguran tersebut. Dia terus melakukan kerja di kebun itu tanpa mendapat kebenaran kebenaran pemiliknya. Lelaki kedua pula mendengar segala arahan wakil pemilik kebun itu dan melakukan kerja mengikut arahan yang diberikan.
Sekarang, siapakah yang berhak menerima upah??

Tidak syak lagi setiap yang berakal akan menjwap, upah akan diberikan kepada orang yg mengikut segala arahan pemilik kebun. Orang yang menceroboh dan melakukan kerja mengikut kemahuan sendiri tanpa kebenaran pemilik walaupun ada orang yg melarangnya, tentunya tidak layak menerima upah walaupun sebahagian drpd kerjanya adalah baik.

Begitulah alam ini dan segala isinya. Ia adalah milik Allah. Manakala para rasul-Nya adalah utusan dan wakil Allah. Orang yg beriman adalah orang yg melakukan amalan berpandukan petunjuk Tuhannya. Manakala orang kafir adalah orang yg mengunakan segala milik Allah tnp keizinan dan petunjuk-Nya serta pada masa yg sama menentang para rasul-Nya.
__._,_.___

selamat hari raya aidilfitri semua!!!

Assalamu'alaikum

Teristimewa buat semua yang pernah saya kenali seumur hidup ini.......Sempena tibanya bulan baik Ramadhan ini,saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jikasaya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan maupun yang di sengaja,saya ada menyakiti hati di antara anda semua,saya ada terlanjur kata bila berbicara,dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini,dan juga mohon dihalalkan semuanya.. (jika ada….)

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,
INSYAALLAH.




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Sempena akan tibanya bulan Ramadhan yang tidak lama lagi saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.




Sekian, wassalam.

never argue with woman

Click Me!

Never Argue with a Woman Click Me!

One morning the husband returns after several hours of fishing and decides to take a nap. Although not familiar with the lake, the
wife decides to take the boat out. She motors out a short distance, anchors, and reads her book.
Click Me!

Along comes a Game Warden in his boat. He pulls up alongside the woman and says, 'Good morning, Ma'am. What are you doing?'

'Reading a book,' she replies,
(thinking, 'Isn't that obvious?')

Click Me!

'You're in a
Restricted Fishing Area,' he informs her.

Click Me!

'I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading'


Click Me!

'Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment.. I'll have to take you in and write you up.'


Click Me!

'For reading a book,' she replies
,

'You're in a Restricted Fishing Area,' he informs her again,

'I'm sorry, officer, but I'm not fishing. I'm reading'


Click Me!
'Yes, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment. I'll have to take you in and write you up.'


Click Me!

'If you do that, I'll have to charge you with sexual assault,' says the woman.


Click Me!
'But I haven't even touched you,' says the game warden.

Click Me!
'That's true, but you have all the equipment. For all I know you could start at any moment.'


Click Me!

'Have a nice day ma'am,' and he left.






Click Me!

Click Me!MORAL: Never argue with a woman who reads. It's likely she can also think.

Click Me!


Click  Me!Send this to four women who are thinkers. Click Me!




KFC hurm 'sedap ker?'

Teruskan boikot KFC saudara2ku,

Keluar dalam berita TV1 tadi President JCorp TS Hashim Ali berkata KFC Malaysia hanya menyumbang 6% drpd pendapatannya (kasar atau bersih?) kepada Yummy! Brands, Amerika Sykt. Katanya sikit saja tak banyak. Kalau pendapatan kasar KFC Msia RM800 juta setahun bermakna sumbangannya RM800juta X 6%=RM48 juta setahun. RM48 juta setahun untuk Israel tu sikit ker?Cukup untuk beli sebuah tank merkava dan peluru howitzer yg digunakan untuk tembak rumah2 rakyat Palestine di Gaza.
Artikel ini kiriman email dari kawan saya:-


"Subject: KFC - Haram dimakan... wallahualam. ...

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal
atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging
babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat.

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz
Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC.. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng
KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud
menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan
laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut
syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00
pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan
dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan
menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja
yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda
terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu
persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam
dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC

tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam
keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang
terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung.. Kita
cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak
makan KFC Insyallah dan wallahualam.

Assalamualaikum wbk..

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi
penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya
untuk training session dia... Sepanjang waktu latihan, beliau diberi
subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia
tengok sesuatu
yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua
daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana
tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun...

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua
yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang
yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu
bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan
sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik
itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang
penyembelihan. . Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih?
Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah
mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus
menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.
Maka pulanglah hamba Allah kita
dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya
makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di
KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah. Kalau betul,
maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh
dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja
sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak
sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat
seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih
banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg
disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis
nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan
menjadi
makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Wassalam.."

والسلام

ذوالقرنين بن هارون
Zulkarnain Bin Harun (RLS/12)
Senior Business Analyst
Business Strategy & Systems
RAS LAFFAN INDUSTRIAL CITY
Tel: 473 3713




coke yg bahaya

WASH THEM FIRST

Please Don't Erase this message before forwarding on

This is Serious! This incident happened recently in North Texas .
A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke which she put into the refrigerator of the boat. On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit. She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis.. This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass. Tests showed that the can was infected by dried rat urine and hence the disease Leptospirosis.

Rat urine contains toxic and deathly substances. It is highly recommended to thoroughly wash the upper part of
all soda cans before drinking out of them. The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned.

A study at NYCU showed that the tops of
all soda cans are more contaminated than public toilets (i.e).. full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.


sesuatu yg pelik

Received: Saturday, 15 August, 2009, 1:34 PM

شــــي غريب
كيف أننا نرى الـدينار كبيرعندما نأخذه إلى المسجد
وصغير جداً عندما نأخذه إلى السوق

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita melihat wang sesuatu yang kecil nilainya apabila kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).
Dan amatlah besar nilainya pula apabila kita bawanya ke pasar (untuk dibelanjakan) .


شــــي غريــــب
كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلة
ولكن ما أسرع التسعون دقيقة في لعب كرة القدم أو ثلاث ساعات على النت

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita melihat satu jam dalam mentaati Allah adalah panjang masanya.
Tetapi alangkah cepatnya pula 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam berlayar di internet.

شــــي غريــــب
كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana dia antara mereka yang merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sejuzu' (sebahagian) dari Al-Qur'an.
Tetapi merasa senang pula ketika membaca novel yang merangkumi 200 hingga 300 muka?

شــــي غريــــب
كيف أننا نتقبل ونصدق ماتقوله الجرائد
ولكن نتساءل عن ما يقوله القرآن الكريم ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita boleh menerima dan mempercaya apa yang diperkatakan surat khabar.
Tetapi kita sering mempertikai dan mempersoal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an dan al hadith?

شــــي غريــــب
أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟

Sesuatu yang pelik,
Kita tidak mampu untuk berfikir apa yang hendak dikata (diminta & dibaca) dalam doa kita.
Tetapi tidak pula kita menghadapi kesukaran berfikir mengenai apa yang perlu kita bualkan dengan kawan kita?

شــــي غريــــب
كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana dua jam dianggap tempoh masa yang lama untuk berada di dalam masjid,
akan tetapi ia menjadi singkat ketika kita menonton filem di pawagam?

شــــي غريــــب
رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي في أية لعبة أوحفلة
ولكنهم يتزاحمون للجلوس في مؤخرة المسجد ؟

Sesuatu yg pelik
Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis perayaan,
tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di tempat belakang masjid (ketika solat atau majlis ilmu) ?

شــــي غريــــب
كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟

Sesuatu yang pelik,
Bagaimana kita memerlukan masa yang lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an,
sedangkan dengan waktu yang singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata lagu?


اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك

Hari ini adalah hari beramal, tiadanya perhitungan,
esok adalah hari perhitungan, tiadanya amalan,
maka rebutlah hari beramal kamu untuk hari perhitungan kamu.

Moga bermanfaat.


poco-poco yg x sedar

Assalamualaikum ;

28 Ogos 2009

Poco-poco yg tersirat.....

Oleh : Adeq Best

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqg5-Vpi0NZaNYOPUVa6Llouk4FgJeQSWqHTV6kHEH7-s_6bwdSunOF3Dx9hVvbFoT3ITEE4GDLLWIBVm17HOv1I0_cBFTiLg0VfRJzraRCsWUo1oKL2h0It43FHlgKHqKLaY6G0jXMvZl/s200/poco.jpgSalam...pada kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang sesuatu yang menggemparkan kerana penulis sendiri pernah buat(masa dalam PLKN,secara paksa rela).Iaitu tarian Poco-poco. Secara jujurnya penulis tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang tarian ini,asal-usulnya dan motif tarian ini.Namun segalaya berubah apabila satu kiriman emel daripada sahabat penulis,membuatkan penulis tersentak dan kaget sebentar. Mari sama-sama baca emel ini

"Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina buk anny a dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerak anny a, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan."

Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kes anny a kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
WALLAHUALAM. ...

Surisham B Jaafar

UNIT OPERASI DAN INSTRUMENTASI

SEKSYEN PENGESANAN DAN KECEMASAN SINARAN

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN

LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

TEL : 03-89228888 EXT. 5810

FAKS : 03-89223685

WEBSITE : http://www.aelb.gov.my